Monday, March 14, 2011

Domba yang hidup seekoran mudah menjadi mangsa serigala

Baru-baru ini ada seorang hamba Allah telah memberi ceramah utuk para pelajar di sebuah taman. Salah satu isi tazkirah berbunyi:-
Orang Islam perlu elakkan hidup secara infiradi ( seorang diri ) tetapi perlu hidup secara ijtimaiat ( berjemaah ) kerana hidup secara berjemaah akan menguatkan kekuatan orang Islam. Maksud satu mahfum hadith yang kurang lebih berbunyi “........Domba yang hidup seekoran mudah menjadi mangsa serigala......” ( maaf kerana saya tidak dapat nukilkan mahfum sebenar hafal hadith yang diberitahu oleh hamba Allah ni tapi hadith ni ada dalam kitab Muntkab Hadith bab membetulkan niat.Insyallah ).
Ulasan yang saya tulis ini bukan untuk mengulas tentang hadith tersebut tetapi untuk mengulas kesalahan bahasa hamba Allah ini. Perkataan “seekoran” ini amat menggelikan hati kerana penjodoh bilangan ditambah dengan imbuhan apitan se-...-an. Saya mengandaikan hamba Allah ini sebenarnya terikut-ikut  dengan perkataan “ keseorangan ” jadi secara tidak langsung dia telah mengintegrasikan secara spontan perkataan ini dengan perkataan keseekoran dan hasilnya terjadilah sesuatu yang melucukan....wallahualam

sejengkal kera

Hari jumaat lepas khatib yang ditugaskan untuk membaca khutbah di masjid Jamek Tanjung Malim telah membaca teks yang kurang lebih berbunyi:
                " Sidang  Jumaat sekalian hari ini rejim Israel telah merampas tanah-tanah rakyat Pelestin sehinggakan tanah milik Palestin tinggal sejengkal kera".
 Saya mendapati simpulan bahasa yang digunakan oleh khatib tersebut tepat dari segi makna tetapi kurang tepat dari segi bahasa. Simpulan bahasa yang disebut oleh khatib tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengambarkan sesuatu kawasan yang sangat sempit. Simpulan bahasa yang yang tepat untuk menggambarkan kawasan yang sempit ialah sekangkang kera. Saya mengandaikan bahawa simpulan bahawa yang terdapat dalam teks tersebut ialah sekangkang kera tetapi memadangkan tulisan teks dalam bahasa jawi menyebabkan khatib tersilap mengintegrasikan perkataan demi perkataan dengan sempurna. wallahualam  

Wednesday, March 2, 2011

berat nanang mung

RABU: 19.01.2011
Berat nanang mung
Ha.ha.ha.sedap bunyi ayat ni. Pelajar Terengganu selalu ucap ayat ni. Apa maknanya ye. Ooo rupa-rupanya ayat ini di gunakan untuk mengambarkan seseorang teruk terutamanya dari segi sikap. Contoh penggunaan kata-kata di atas dalam ayat:-
i a)“Berat nanang natang ni, bilik kube lana” .
ii b)”Teruk la kamu ni bilik habis bersepah”.

kita makan sudah



SELASA: 18.01.2011
                                              Kita makan sudah.
Apabila diteliti ayat di atas pelbagai persoalan akan timbul dalam benak pemikiran kita. Mungkin kita akan sangka orang yang mengungkap perkataan di atas tersalah cakap atau dia ini seorang yang tak betul. Hal ini demikian kerana, bunyi ayat di atas sangat pelik dan tidak terdapat dalam ayat Bahasa Melayu biasa. Namun hakikatnya ada sesetengah orang yang sangat memahami perkataan ini. Orang yang memahami ayat di atas ialah orang Sabah. Rupa-rupanya ayat di atas merupakan ayat tanya. Jika perkataan di atas diterjemahkan dalam bahasa Melayu yang betul, ayat tanya di atas akan menjadi “kamu sudah makan”?. Sebenarnya, perkataan “kita” merupakan kata ganti diri kedua iaitu kamu atau awak manakala frasa terbalik seperti “ makan sudah “ sering digunakan oleh penutur Sabah yang sebenarnya bermaksud sudah makan.

Sunday, February 27, 2011

biskut pun biskut, roti pun biskut

  21.01.2011                                                


Semasa musim cuti perayaan Tahun Baru Cina, saya telah menziarahi rumah Pak Lang saya di utara tanah air. Kedatangan saya disambut dengan gembira oleh Pak Lang sekeluarga. Sabaik sahaja saya  melabuhkan punggung di kerusi rumah Pak Lang kelihatan Nora anak perempuan Pak Lang membawa sejug air perisa pisang dan sepinggan roti hiris yang berinti krim di tengah-tengah hirisannya. Pak Lang telah mempelawa saya minum.
Pak Lang:        Hang minum ayaq tu. Kasi basah tekak tu. Hang mesti penat no naik baih mai tang ni.Hah,   
                    biskut tu makan la buat alas perut sat gi lepaih semayang zohoq kita makan berat plak.

     Aku:               Terima Kasih Pak Lang.


Aku menjadi keliru semasa dia pelawa aku makan biskut sedangkan roti yang Nora hidangkan. Aku beranggapan mungkin Pak Lang tersalah pandang dengan beranggapan hidangan di depan ku itu adalah biskut. Aku cuba membetulkan kesalahan Pak Lang ku dengan berkata:
    Aku:            Sedap pulak roti krim ni Pak Lang kena pulak celup dalam air pisang ni. Huih memang piyooor ah.


Pak Lang:            Ha,ah biskut tu memang sedap ramai dah orang duk habaq macam hang habaq kat aku ni.


Aku: Bukan biskut yang saya maksudkan roti ini yang sedap
.
Pak Lang:            Betui lah biskut yang hang dok makan tu la yang aku duk habaq sedap. Kat kedah ni roti
                 pom biskut, biskut pom biskut.


Aku:                       Oooo begitu rupanya.


Baru aku faham bahawa di sesetengah kawasan negeri Kedah mereka panggil roti sebagai biskut. Panggilan biskut ini sangat lazim disebut oleh golongan yang memiliki usia emas. Wallahualam...

gomo Qlate gomo



24.1.2011

                                  Gomo Qlate Gomo
Apabila kita meyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Reds Warriors dengan pasukan-pasukan lain, kita sering kedengaran para penyokong Kelantan dengan semangat melaungkan perkataan “gomo Klate gomo” bagi menaikkan semangat para pemain kesayangan mereka. Gomo dalam bahasa Kelatan bermaksud “lawan”. Jadi jika ayat di atas ditukar kepada bahasa rasmi akan menjadi “ lawan Kelantan Lawan ”. Wallahualam

Saturday, February 5, 2011

durian di hujung julai


Suatu hari semasa sesi kuliah Dr.Halim Ali petikan di atas telah keluar dari mulut beliau. Petikan ”Durian di hujung julai “ merupakan judul sebuah novel karya Shahnom Ahmad. Pada masa itu hampir semua pelajar beranggapan bahawa novel ini berkisar tentang sesuatu peristiwa berkaitan dengan buah durian yang berlaku pada penghujung  bulan tujuh. Sebaliknya, maksud durian di hujung julai ini ialah buah durian yang berada pada hujung dahan yang kelazimannya paling akhir sekali gugur. Rupa-rupanya sesetengah kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu memanggil dahan pokok sebagai julai maka tidak hairanlah apabila Shahnom Ahmad meggunakan perkataan ini sebagai tajuk novel ini. Sememangnya, Shahnom Ahmad sangat kreatif dalam memilih perkataan-perkataan unik bagi dinukilkan ke dalam novelnya contohnya Shit, Petriah dan banyak lagi.