Wednesday, March 16, 2011

Primadona Temberang

Pada suatu hari minggu saya berpeluang untuk bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur. Sepanjang saya di sana saya melihat pelbagai gelagat warga ibu kota yang bermacam-macam ragam. Perkara yang menarik perhatian saya semasa di Kuala Lumpur  adalah melihat beberapa orang mak nyah atau lelaki lembut yang kebetulan menaiki  LRT menuju ke Wangsa Maju. Setelah melihat gelagat mereka timbul satu ilham dalam benak fikiran saya untuk mencipta satu sajak tentang mereka yang diberi tajuk “Primadona Temberang”. 

Primadona Temberang  
Cantik rupawan raut wajah mu perawan
Umpama seroja mekar di taman kayangan
Rambut melurus hitam bersinar
Berkening halus hasil ukiran tangan
Mata mu bundar berjeli di dalam
Bibir mu sedan-sedan merekah jarang-jarang
Lesung pipit kiri dan kanan
Senyumanmu mencairkan iman
Leher jenjang bak merak jantan
Dada mu bidang bak gunung Tahan
Dada mu menjadi impian mana-mana tangan yang memandang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Pinggang mu ramping jamban mu montok semacam
Bunting padi gambaran sesuai bagi betis mu sepasang
Lengang-lenggok berjalan mengeliurkan mata keranjang yang memandang
Gaya lagak mu bak primadona bintang
Sekilas pandang terbawa-bawa sampai ke dalam sembahyang
Namun bila diamati dalam-dalam
Rupa-rupanya diri mu pria yang anu dah buang
Hafifi Rashid
18.1.2011      
Tanjung Malim, Perak

Monday, March 14, 2011

“Kedai pak cik ada jual meggi Cintan ke”? tanya Ali kepada penjual kedai runcit itu.

Dialog di atas sekilas pandang sememangnya tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun jika diamati betul-betul maka akan timbul satu persoalan yang agak keliru. Kekeliruan ini akan timbul pada perkataan “ meggi cintan”. Hal ini demikian kerana meggi adalah jenama mee segera dan Cintan juga adalah jenama mee segera. Kita akan tertanya-tanya mee segera yang mana satu ingin dibeli oleh Ali. Namun, kita semua pasti mengetahui mee segera yang mana ingin dibeli oleh Ali dan jawapannya ialah mee segera jenama Cintan ingin dibeli oleh Ali. Hal ini demikian kerana, maksud perkataan meggi di sini merujuk kepada perkataan mee segera. Perkataan mee segera di tukar kepada perkataan Meggi adalah kerana kelaziman penutur serta pengaruh produk meggi yang telah lama bertapak di dalam industri makanan Malaysia. Boleh dikatakan mee segera jenama Meggi merupakan mee segera yang terawal wujud di Malaysia, oleh itu tidak hairan jika masyrakat menggunakan perkataan meggi bagi menggantikan perkataan mee segera. Bahkan sesetengah orang tua tidak mampu untuk mengambarkan mee segera sebaliknya jika kita menyuruh dia mengambarkan meggi maka mereka akan dapat menggambarkannya dengan lebih jelas.

Bang nanti jangan lupa belikan Pampers anak ye

Ayat di atas sering diujarkan oleh seorang isteri yang tercinta kepada sang suami. Ayat di atas bermaksud si isteri menyuruh si suami belikan lampin untuk cahaya mata mereka. Masalahnya di sini si isteri tidak marah pun sekiranya suaminya membeli lampin selain daripada jenama Pampers. Bahkan yang lagi keliru apabila isteri pula mengesorkan kepada suami  seperti berikut:-
Bang kalau nak beli pampers beli jenama Mami Poko ye murah sikit.
Rupa-rupanya pengaruh produk lampin jenama Pampers sangat kuat bahkan telah berjaya mengambil alih makna lampin bayi. Oleh itu tidah hairanlah sekiranya orang ramai menyebut pampers sebagai lampin bayi walaupun jenama lampin tersebut jenama Mami Poko, Drypers atau lain-lain jenama.  

Domba yang hidup seekoran mudah menjadi mangsa serigala

Baru-baru ini ada seorang hamba Allah telah memberi ceramah utuk para pelajar di sebuah taman. Salah satu isi tazkirah berbunyi:-
Orang Islam perlu elakkan hidup secara infiradi ( seorang diri ) tetapi perlu hidup secara ijtimaiat ( berjemaah ) kerana hidup secara berjemaah akan menguatkan kekuatan orang Islam. Maksud satu mahfum hadith yang kurang lebih berbunyi “........Domba yang hidup seekoran mudah menjadi mangsa serigala......” ( maaf kerana saya tidak dapat nukilkan mahfum sebenar hafal hadith yang diberitahu oleh hamba Allah ni tapi hadith ni ada dalam kitab Muntkab Hadith bab membetulkan niat.Insyallah ).
Ulasan yang saya tulis ini bukan untuk mengulas tentang hadith tersebut tetapi untuk mengulas kesalahan bahasa hamba Allah ini. Perkataan “seekoran” ini amat menggelikan hati kerana penjodoh bilangan ditambah dengan imbuhan apitan se-...-an. Saya mengandaikan hamba Allah ini sebenarnya terikut-ikut  dengan perkataan “ keseorangan ” jadi secara tidak langsung dia telah mengintegrasikan secara spontan perkataan ini dengan perkataan keseekoran dan hasilnya terjadilah sesuatu yang melucukan....wallahualam

sejengkal kera

Hari jumaat lepas khatib yang ditugaskan untuk membaca khutbah di masjid Jamek Tanjung Malim telah membaca teks yang kurang lebih berbunyi:
                " Sidang  Jumaat sekalian hari ini rejim Israel telah merampas tanah-tanah rakyat Pelestin sehinggakan tanah milik Palestin tinggal sejengkal kera".
 Saya mendapati simpulan bahasa yang digunakan oleh khatib tersebut tepat dari segi makna tetapi kurang tepat dari segi bahasa. Simpulan bahasa yang disebut oleh khatib tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengambarkan sesuatu kawasan yang sangat sempit. Simpulan bahasa yang yang tepat untuk menggambarkan kawasan yang sempit ialah sekangkang kera. Saya mengandaikan bahawa simpulan bahawa yang terdapat dalam teks tersebut ialah sekangkang kera tetapi memadangkan tulisan teks dalam bahasa jawi menyebabkan khatib tersilap mengintegrasikan perkataan demi perkataan dengan sempurna. wallahualam  

Wednesday, March 2, 2011

berat nanang mung

RABU: 19.01.2011
Berat nanang mung
Ha.ha.ha.sedap bunyi ayat ni. Pelajar Terengganu selalu ucap ayat ni. Apa maknanya ye. Ooo rupa-rupanya ayat ini di gunakan untuk mengambarkan seseorang teruk terutamanya dari segi sikap. Contoh penggunaan kata-kata di atas dalam ayat:-
i a)“Berat nanang natang ni, bilik kube lana” .
ii b)”Teruk la kamu ni bilik habis bersepah”.

kita makan sudah



SELASA: 18.01.2011
                                              Kita makan sudah.
Apabila diteliti ayat di atas pelbagai persoalan akan timbul dalam benak pemikiran kita. Mungkin kita akan sangka orang yang mengungkap perkataan di atas tersalah cakap atau dia ini seorang yang tak betul. Hal ini demikian kerana, bunyi ayat di atas sangat pelik dan tidak terdapat dalam ayat Bahasa Melayu biasa. Namun hakikatnya ada sesetengah orang yang sangat memahami perkataan ini. Orang yang memahami ayat di atas ialah orang Sabah. Rupa-rupanya ayat di atas merupakan ayat tanya. Jika perkataan di atas diterjemahkan dalam bahasa Melayu yang betul, ayat tanya di atas akan menjadi “kamu sudah makan”?. Sebenarnya, perkataan “kita” merupakan kata ganti diri kedua iaitu kamu atau awak manakala frasa terbalik seperti “ makan sudah “ sering digunakan oleh penutur Sabah yang sebenarnya bermaksud sudah makan.