Thursday, March 17, 2011

Rumput makan kambing


Mustahil dan tidak masuk akal jika rumput makan kambing sebaliknya kambinglah yang makan rumput. Tetapi bagi masyarakat kelantan rumput makan kambing ini sebenarnya bermaksud rumput itu hendak di beri makan kepada kambing. Hal ini demikian kerana itonansi yang digunakan oleh masyarakat Kelantan akan menjadikan maksud ayat di atas menjadi betul. Jika ayat di atas di sebut dengan itonansi sekata tanpa memberi penekanan pada setiap perkataan di atas maka maknanya akan menjadi tidak gramatis sebaliknya orang Kelantan menyebut ayat di atas dengan memberi sedikit penekanan itonansi pada perkataan kambing maka maknanya menjadi gramatis kerana mendukung maksud rumput itu hendak di beri makan kepada kambing.wallahualam

Ore buje ( Orang bujang )


Dalam bahasa Kelantan orang bujang bukan sahaja merujuk kepada lelaki yang belum berkahwin tetapi merujuk juga kepada janda. Di Kelantan perempuan janda lebih popular di panggil “ore buje” berbanding lelaki yang belum berkahwin. Biasanya kita selalu dengar orang panggil perkataan janda anak sorang jika janda tersebut mempunyai seorang anak tetapi jangan hairan jika kita dengar orang Kelantan panggil “ buje anak sore “  kepada janda anak sorang.Hal inilah menunjukkan keunikan bahasa Kelantan sedangkan semua orang yang berada di luar daripada lingkungan masyarakat Kelantan menganggap orang bujang itu hanya layak digelarkan kepada lelaki yang tidak berkahwin

Muhang oku dika


Semasa sedang bersesak-sesak dalam bas untuk ke dewan kuliah saya telah dapat satu pesanan ringkas yang tertulis:-
“Muhang oku dika”
Pesanan ringkas ini dari tunang saya yang berbangsa Dusun Sungai. Saya tidak dapat memahami maksud ayat di atas jadi saya telah minta rakan sekelas saya Johnston yang kebetulan berbangsa Dusun menterjemahkan ayat tersebut. Menurut Johnston ayat di atas bermaksud “saya cintakan awak”. Wallahualam

BUDAYA COUPLE



Isu yang paling mudah untuk dicari kepada pelajar-pelajar IPT ialah isu bercouple. Ramai pelajar-pelajar IPT yang bercouple mungkin kerana umur dan pemikiran mereka yang menuju ke arah perkahwinan. Tetapi apakah bercouple ini dibolehkan dalam Islam? Bagaimana fenomena pelajar IPT zaman sekarang? Mungkin boleh dikatakan hasil kajian saya di universiti tetapi hanya menggunakan metod observasi sahaja. Ramai rakan-rakan di pelbagai fakulti yang saya lihat bercouple. Bagaimana keadaan mereka? Ada yang berdua kemana sahaja. Ada yang pergi ke kelas atau kemana pun berdua dengan menaiki motor. Ada yang keluar pada hujung minggu bersama. Tidak kurang juga yang belajar bersama dan juga ramai juga yang bergayut berdua pada malam hari dan SMS di siang hari.


Komen Penulis Blog: saya bukan hendak komen masalah dari segi keburukan budaya couple tetapi saya ingin mengkritik penggunaan bahasa rojak iaitu “ budaya couple ”. Bahasa rojak jika tidak dibendung boleh merosakkan bahasa Melayu. Budaya couple boleh ditukar kepada budaya bercinta, pasangan terlarang dan banyak lagi. Wallahualam

Pengaruh bahasa Inggeris Dalam Bahasa Kelantan

Bekwoh=big work
Pasenje=Pasengger
Kona=corner
Derek=direct
Sterik=Stright
Hema=Hammer
Chesow=Chain Saw
Kueri=Query
Stesin bah=Bus station

Mari Belajar Bahasa Kelantan ( huruf O sampai z )

Ok=tahan
Pelekoh=rantai yang digunakan untuk mengikat haiwan
Rekyot=senget
Rukah=panjat
Rok=semok
Selok=koma
Semat=kacak
Tipah palo=Tempeleng Kepala
Timbuk=pukul, melantak
Te=pukul
Ugoh=tidak berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara
Wak lolok=tipu

Mari Belajar Istilah Kelantan (Huruf I sampai N)

Ilat= tipu
Igak=tangkap
Jelok=serang hendap
Jeng=kepala serabuk
Kelo=pukul
Kuwong=badi
Kopa=selekeh
Kupik=kedekut
Lorak=hendak cepat
Lok=biarkan
Lik =elak
Miyak=kena rotan
Mekong=melontar
Narak= merebak
Nyelok=pengunci pintu