Thursday, March 17, 2011

Kelakar Tahap Dewa


Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktor, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memanggilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar didoakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut di depan Nenek Ani. Tidak lama kemudian nenek Ani pun meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang ke rumah Ani.
Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya". Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi : "Mudhin, jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"






komen: bahasa sesuatu yang sangat menghiburkan jika pandai diolah

My dad is death

Saya masih lagi teringat sewaktu sesi temuduga untuk mendapat tempat sebagai mahsiswa di UPSI. Masa itu saya telah diminta untuk menceritakan biodata saya dalam bahasa Inggeris oleh penemuduga. Saat itulah saat yang paling teruk sekali saya rasa sepanjang tempoh temuduga kerana saya sangat lemah dalam menguasai bahasa Inggeris mana taknya MUET hanya Band 2 manakala SPM bahasa Inggeris dapat 7. Semasa saya bertutur dalam bahasa Inggeris saya ingin memberitahu para penemuduga yang saya sudah kematian ayah jadi saya bagi tahu mereka “My dad is death”. Apa lagi terkejut mereka mendengarnya. Saya ingatkan mereka terkejut sebab simpati dengan nasib saya yang sudah kematian ayah ( ingatkan bonus la tu untuk terpilih masuk UPSI...he3 ). Waktu itu juga salah seorang penemuduga telah memberitahu saya “Dik not is death but pass away”. Malunya rupa-rupanya saya tersilap memilih perkataan yang membawa maksud meninggal dunia. Selepas itu baru saya faham rupa-rupanya “is death” boleh mendukung maksud yang kasar iaitu mati atau mampus manakala “pass away” adalah pilihan perkataan yang lebih lembut yang mendukung maksud “meninggal dunia”. 

I'M SORRY


Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau telah terlanggar dengan seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall.
Gadis : I'm sorry!
Pelancong : I'm sorry, too.
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu. Dia meneka-neka dan terus menjawab..
Gadis : I'm sorry, three.
Pelancong : What are you sorry for?
Gadis : I'm sorry, five.
Pelancong : ?????

Komen penulis blog: Kemungkinan kita juga bakal menghadapi situasi seumpama ini iaitu terpaksa berkomunikasi dengan bangsa asing. Contohnya, ada pelancong pelancong ingin menanyakan jalan dengan kita atau banyak lagi situasi lain. Oleh itu perkayakanlah penguasaan bahasa kedua kita terutamnya bahasa Inggeris. Tidak semestinya kita pandai bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu kita akan jatuh kedudukannya. Hal ini sekadar renungan bersama.

Teka-Teki yang menyakitkan hati

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.


Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade. 


Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'.


Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong.


Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus


Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut


Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak


Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang.


Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung 



Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kring' bole diangkat.


Kanape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa.


Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah.

Komen penulis blog: Teka-teki ini mengambarkan betapa kreatifnya orang yang menciptanya. Hal ini demikian kerana, kita akan mengharapkan jawapan yang serius dan rasional setelah melihat betapa konkrit dan relevennya soalannya. Namun, jawapannya sememangnya diluar jangkaan dan menggelikan hati orang yang cuba menjawabnya. Sebenarnya ini terbukti bahawa bahasa bukan sebagai alat untuk berkomunikasi sebaliknya bahasa turut berperanan sebagai alat untuk menghibur. Kita tidak dapat bayangkan jika kita hidup di dunia tanpa bahasa. Wallahualam

Terengganu Vs Kelantan

MENANTU TERENGGANU: MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4
                                                 KILO........NANTI KITO BAYAR


MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH..... SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI


MENANTU TERENGGANU: LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)...
                                                 BANYOK-BANYOK NI....


MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO
                                          PULAKKKK...


MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK
                                                 ADA SEPIT......(ketam)...

Komen penulis blog: sebenarnya si menantu nak beli ketam sebaliknya dialek Terengganu telah menyebabkan si ibu mertua salah faham dengan beranggapan menantunya ingin memintanya membeli ubi kentang. Hal ini demikian kerana dialek terengganu suka menambah huruf g di akhir perkataan seperti makang ( makan ), ikang ( ikan ), dan lain-lain. Wallahualam

Ore arab kecek Qlate

Suatu masa dahulu TV 3 telah menyiarkan satu dokumentari tentang kehidupan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dalam dokumentari tersebut terdapat satu penemuan yang sangat membanggakan rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Hal ini demikian kerana ada seorang lelaki Mesir yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Kebolehan beliau bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan berpunca daripada pergaulan beliau dengan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir terutamanya Pelajar dari negeri Kelantan. 




mak ayah ali meninggal dunia


Bagi meningkatkan kefahaman terhadap kiriman sebelum ini yang bertajuk rumput makan kambing saya akan menghurai ayat di atas dari aspek itonansi yang mampu merubah makna. Buktinya jika penekan itonansi dibuat pada perkataan mak maka maksud ayat di atas ada seseorang memberitahu emak bahawa ayah Ali yang meninggal sebaliknya jika penekanan itonansi dibuat pada perkatan mak dan ayah maka ayat tersebut bermaksud ada seseorang memberitahu mak dan ayah bahawa Ali yang meninggal dunia. Tetapi jika ayat tersebut dibaca dengan itonansi sekata maka ayat tersebut menjadi ayat penyataan yang mengatakan bahawa ibu-bapa ali telah meninggal dunia, sebaliknya jika ayat tersebut dibaca dengan itonansi sekata tetapi dipanjangkan sedikit pada perkataan meninggal maka ayat tersebut bermaksud ada seseorang memberitahu dunia yang kemungkinan nama orang bahawa ibu bapa Ali telah meninggal dunia. Namun, ayat di atas juga boleh menjadi ayat yang mengambarkan kejutan kepada seseorang jika ayat tersebut disebut dengan cepat. Hal ini membuktikan bahawa itonansi turut berperanan untuk mengubah makna ayat.Wallahualam