Dok rok cetong ( loghat Terengganu )
Tak boleh blah ( Loghat semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu )
Cannot go ( Loghat Kelantan )
Tok leh gi ( Loghat Kelantan )
Semua kata-kata di atas sering diungkap oleh orang-orang muda kita. Inilah bahasa daerah yang sangat menarik yang menambah keunikan bahasa loghat. Ayat-ayat di atas bermaksud “ tidak boleh diharap“ dalam sesetengah situasi dan dalam situasi yang lain bermaksud perasaan tidak puas hati seseorang terhadap sesuatu manakala dalam situasi yang lain bermaksud memperlekehkan kemampuan seseorang atau sesuatu benda. Kesemua kata-kata di atas kadang-kadang mendukung maksud yang sama. Contoh penggunaan kata-kata di atas dalam ayat:-
i a) “Dok rok cetong Keme soale sene lagu tu pong tok leh jawab” sindir Merang kepada Lokman.
i b) “Tak boleh harap Lokman, soalan senang macam itu pun kau tak boleh jawab” sindir Imran
kepada Lokman.
Ayat di atas merujuk kepada makna tidak boleh diharap serta memperlekehkan kemampuan seseorang
ii a)”Tak boleh blah la aku mamat seekor ni asyik membuta je kerja dia tak boleh harap
langsung”,marah Yazid kepada Seman.
ii b)”Geram aku dengan dia ni, asyik tidur je kerja kau tak boleh nak harap langsung”marah Yazid
kepada Seman.
Ayat di atas merujuk kepada makna tidak boleh diharap serta rasa tidak puas hati seseorang.
iii a) “Cannot go bare pasar male Tanjo Malim besa sio”, keluh Ise.
iii b) “Harap je besar tak ada barangan menarik langsung di pasar malam Tanjung Malim”, keluh
Hisyam.
Ayat di atas merujuk kepada makna tidak boleh diharap sertamemperlekehkan sesuatu benda.
iv a) “Tok leh gi mu ni ido kepenk”, kutuk Piji kepada Linda.
iv b) “Tak cantik kau ni dah la hidung pun kemek”, kutuk Hafizi kepada Linda.
Ayat di atas merujuk kepada memperlekehkan seseorang.
fakta yang menarik.Teruskan usaha memartabatkan bahasa melayu kita
ReplyDelete