Friday, March 18, 2011

Katok,katok,katok

Terdapat beberapa cerita lucu yang saya dengar daripada rakan-rakan saya. Antaranya ialah kisah seorang rakyat Kelantan yang tinggal bersama dengan orang bukan Kelantan. Yi berasal dari Kedah dan Pijo berasal dari Kelantan. Ketika dua orang sahabat sedang menonton televisyen, melintaslah seekor lipan di hadapan mereka. Pijo yang sangat takut terus terkejut dan menjerit-jerit. 

Yi :Lipan! Lipan! nun bawah kaki hang tu Pijo.

Pijo : Katok la!
Katokkkkkkk!

Yi : Apa pula katak? Kan lipan tu!

Pijo : La...mu ni! Katok la! Katokkkk!

Yi : Ha? Gila ke apa? Lipan la! Lipan la!

Pijo : Katok la!
Katokkkk!!!


Komen penulis blog: Katok dalam bahasa Kelantan bukan sahaja merujuk kepada katak tetapi juga merujuk kepada perkataan pukul, atau ketuk.


Banding beza antara dialek Kedah dengan dialek Pulau Pinang

Mai Belajaq Loghat Kedah
PERKATAAN
SEBUTAN
MAKSUD
CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot
[gho.not]
tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
 Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin
[ghu.pin]
 kulit kering dari luka
 Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek
[ke.chek]
 pujuk
 Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
seluloi
[se.lu.loi]
 kerap kali
 Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop
[me.ghe.lop]
 hampir malam
 Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dahmeghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni
[gho.na]
 warna-warni
 Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup
[gha.yup]
 lesap sekelip mata/ terlalu laju
 Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!
ghosek
[gho.sek]
 selongkar
 Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyuloq
[nyu.loq]
 jatuh tersembam/ dibelasah teruk
 Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!
buloq
[bu.loq]
 lapar sangat
 Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..
taboh
[ta.boh]
 pukul/ belasah
 Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah
[ghe.lah]
 terkoyak
 Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih
[ghu.naih]
 cungkil/ kupil
 Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek
[ge.ghek]
 basikal
 Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!
mod
[mot]
 bawak pembonceng/  penumpang
 Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
sakan
[sa.kan]
 hebat/ tak sangka
 Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh
[se.keh]
 luku secara sipi
 Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih
[se.ne.ghih]
 selisih
 Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!
Meghenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyeghok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menghenyeh kat cik putih tu  
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia
cheme - percuma- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin
seneghih - berlaga sipi-sipi – pintu gheta pakmid calaq sbb seneghih ngan lori aih
 beghetoh - berlaga, tersentuh – habih kulit dia jd gatai sbb beghetoh ngan pokok keladi blakang ghumah..
pengkaq - jalan mengangkang sikit- "korie tu, tak padan ngan kaki pengkaq, ada hati nak main bola 7 sebelah"
mandom – lembab- " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"
cunggit – senget-"misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"
ayam piru - ayam belanda/turkey
pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
ketoq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok Pak Din tidok melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat – malas  -Heee tengok budak tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin – tegak –selalu dikaitkan ngan bebulu.. bulu ghoma, rambut..
 Kughuih Kiang - teramat kurus -korie tu dah la kughuih kiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.
kawaq - pencuri
melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik -kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...
cemerkap - tak cermat
megheben - mengarut
celuih - muat,padan
Hinggut - goyang  -"Oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."
bincut – benjol @ bengkak- "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
pancat - pancit
klesen - mesin padi
segagan - sebaya
beghemba – berlumba-lumba... "Kalau kayuh geghek ( basikal ) tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....
met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....
Toyu - kicap
beghanda - serambi
kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)
Puluit – pulut
Kasuit – kasut
Kelih - perasan


Istilah dalam dialek Pulau Pinang
punggah = macam musnah la kot / lingkop
chempegha = terhegeh hegeh
juah = belagak
merak buih = suka menunjuk
jogha = belagak
loghat - sibuk, penyibuk
cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..

punggai - baling,membaling
tongkoi – tongkol kayu
ayat: Mamu kena punggai dengan tongkoi kayu..padan muka dia.

keleboq – lumpur
ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi.

meghela - gatal, suka kacau perempuan
ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?

belengaih - melekat bergetah
ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

pengkaq - kaki kankang
ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.

heghot petot – susunan atau urutan tak sama / lintang pukang / senget
ayat: Mat Dengkoi maghah kat anak penakan dia sbb susun bata heghot petot

ghelin-menjeling
ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot? 

Nghenyek – keadaan yg remuk / hancur
Nangoi – budak² mentah..

Komen penulis blog: Setelah saya membuat banding beza antara dialek Kedah dan Penang saya dapati banyak persamaan antaranya dari segi penambahan huruf “ Q “ pada kebanyakan perkataan bagi kedua-dua dialek ini contohnya hawaq ( kenapa ), heliaq ( gosok ) , ketaq ( ketar ), dan lain-lain lagi. Kedua-dua dialek ini juga kadang-kadang berkongsi istilah yang sama seperti hang ( kau ), hangpa ( kamu ), sat ( sekejap ) dan banyak lagi.wallahualam

ko katne 2 sory r aku x men r futsl mlm ni coz ade keje cket. Sory ek

Ayat di atas adalah salah satu pesanan ringkas yang saya pernah terima daripada seorang kawan. Bagi saya, maksud yang ingin di sampaikan sememangnya sampai iaitu, dia bertanya tempat saya berada semasa dia menghantar mesej serta dia memohon maaf kerana tidak dapat bermain futsal bersama-sama malam tersebut kerana ada sedikit urusan. Namun, penggunaan ayat seperti di atas telah menimbulkan sedikit kekecewaan kepada saya selaku bakal guru bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, saya khuatir apabila kita terbiasa menggunakan ayat seperti di atas dengan mengetepikan aspek tatabahasa, hal ini akan menimbulkan masalah kepada kita terutamanya sewaktu kita diminta menggunakan bahasa yang betul atau formal dalam situasi tertentu. Contohnya, kita mungkin akan cenderung menggunakan “kat atau dekat  mana” jika ingin bertanya sesuatu  yang berkaitan dengan tempat atau kedudukan sedangkan pertanyaan yang betul ialah dengan menukarkan perkataan “kat atau dekat” kepada “di mana”. Selain itu penggunaan perkataan “sorry” bagi memohon maaf juga akan merencatkan sesuatu situasi formal. Oleh itu, biasa-biasakan diri kita untuk menggunakan perkataan “maaf” bagi memohon maaf. Wallahualam

Bahasa Lambang Bangsa

Karikatur di atas menunjukkan  salah satu usaha murni DBKL untuk memartabatkan bahasa Melayu. Bagi saya jika DBKL tidak bertegas dalam hal ini maka, idnetiti bahasa Melayu mungkin akan terancam. Bayangkan jika papan tanda menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa campuran, maka orang asing khususnya tidak akan dapat melihat sesuatu yang menarik pada bahasa kita. Kemungkinanmereka beranggapan bahawa  bahasa kita tidak mungkin mampu berdiri teguh kerana terpaksa ditempel  pada bahasa lain jika hendak hendak ditampilkan kepada khalayak.  Lihat contoh bahasa Jepun dan bahasa Thai. Jika kita lihat pada papan iklan di bandar-bandar mereka  sangat sukar sekali untuk kita lihat bahasa campuran atau bahasa rojak terdapat pada papan iklan mereka. Bahkan mereka berasa bangga apabila dapat memartabatkan bahasa mereka sendiri kerana bagi mereka “ di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung “. Wallahualam

Thursday, March 17, 2011

Pantang Larang Masyarakat Melayu Terhadap Orang Perempuan

Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.



komen: Semua pantang larang yang dibuat oleh orang zaman dahulu mungkin ada rasionalnya walaupun tidak ada bukti saintifik yang mengsahihkan pantang larang tersebut.  

Pensyarah Bahasa Melayu Terlepas Pandang

“ Kamu semua boleh download nota-nota berkaitan tajuk ini. Saya dah upload dalam portal”

Berikut merupakan antara kata-kata yang diucapkan oleh seorang pensyarah bahasa Melayu di universiti ini. Kemungkinan pensyarah terbabit terlepas cakap semasa menggunakan istilah asing seperti download dan upload. Namun, pada pandangan saya perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya beliau peka terhadap bahasa yang dipertuturkan. Bagi sesetengah pelajar mungkin perkara ini dianggap biasa, tetapi bagi saya pensyarah tersebut memberikan contoh yang tidak baik kepada para pelajar yang terdiri daripada bakal pendidik yang mengambil jurusan bahasa Melayu.

Komen: Saya tidak menyalahkan pensyarah tersebut berhubung perkara di atas. Mungkin beliau terlepas cakap atau terbiasa dengan perkataan-perkataan itu. Walaupun begitu, sebagai seorang yang bergelar pakar dalam bidang bahasa, saya berharap agar pensyarah tersebut lebih sensitif terhadap bahasa yang digunakan di dalam kelas. Berpesan-pesan atas kebenaran itu adalah sesuatu yang dituntut oleh agama kita.

Bahasa Formal & Bahasa Bebas Suatu Perbezaan

Bahasa formal dan bahasa tidak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal


Bahasa Bebas

Bahasa Terkawal



·         Ayat yang tidak gramatis.

·         Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.

·         Contoh ayat:  You ni memang degillah. I dah bagitahu you kan jangan keluar dengan jantan tak guna tu lagi. Tapi you tak nak dengar cakap  I. I fed up la dengan you.


·         Ayat yang gramatis

·         Mementingkan aspek-aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

·         Contoh ayat: Awak sangat degil. Saya telah beritahu awak supaya jangan keluar dengan lelaki itu. Tetapi awak tidak mahu dengar cakap saya. Saya sudah bosan dengan awak.

Komen penulis blog: Berdasarkan penerangan di atas, bahasa formal perlu digunakan bagi merujuk kepada urusan-urusan rasmi seperti perhimpunan, hari anugerah dan sebagainya manakala bahasa tidak formal digunakan dalam pertuturan harian manusia. Selain itu, penggunaan bahasa tidak formal jelas dapat dilihat di dalam novel dan cerpen.