Thursday, March 17, 2011

Ore buje ( Orang bujang )


Dalam bahasa Kelantan orang bujang bukan sahaja merujuk kepada lelaki yang belum berkahwin tetapi merujuk juga kepada janda. Di Kelantan perempuan janda lebih popular di panggil “ore buje” berbanding lelaki yang belum berkahwin. Biasanya kita selalu dengar orang panggil perkataan janda anak sorang jika janda tersebut mempunyai seorang anak tetapi jangan hairan jika kita dengar orang Kelantan panggil “ buje anak sore “  kepada janda anak sorang.Hal inilah menunjukkan keunikan bahasa Kelantan sedangkan semua orang yang berada di luar daripada lingkungan masyarakat Kelantan menganggap orang bujang itu hanya layak digelarkan kepada lelaki yang tidak berkahwin

No comments:

Post a Comment