Thursday, March 17, 2011

Fifi, pinjam kasut sat !!!!!!


Saya berbual dengan seorang rakan yang berasal dari negeri Kedah. Terdapat beberapa ayat yang megelirukan sehingga saya bertanya kembali kepada beliau. Antara perbualan yang menimbulkan persoalan kepada saya ialah:

Sarip : Fifi, aku pinjam kasut hang sat boleh tak?

Saya : Ambil la sarip lagipun hari ini cuti. Tak guna pun.

Sarip : Apa kaitan kelas tujuan aku untuk pinjam kasut hang?

Saya : Kalau hari tidak cuti, aku hendak pakai untuk ke kelas. Kasut kulit yang kau hendak pinjamkan?

Sarip : Bukanlah.

Saya : Kasut futsal?

Sarip : Bukan

Saya : Habis. Kasut mana?

Sarip : Kasut di luar rumah, selipar jepun.

Saya : Patut aku pelik, kasut yang kau maksudkan itu selipar rupanya.

Setelah berbual, baru saya fahami. Rupa-rupanya terdapat beberapa perkataan yang kadangkala boleh mengelirukan dalam dialek Kedah jika dituturkan dengan orang yang bukan berasal dari negeri jelapang padi itu. Sebagaai contoh, Kasut bermaksud selipar dan roti bermaksud biskut.

No comments:

Post a Comment