Dialog di atas sekilas pandang sememangnya tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun jika diamati betul-betul maka akan timbul satu persoalan yang agak keliru. Kekeliruan ini akan timbul pada perkataan “ meggi cintan”. Hal ini demikian kerana meggi adalah jenama mee segera dan Cintan juga adalah jenama mee segera. Kita akan tertanya-tanya mee segera yang mana satu ingin dibeli oleh Ali. Namun, kita semua pasti mengetahui mee segera yang mana ingin dibeli oleh Ali dan jawapannya ialah mee segera jenama Cintan ingin dibeli oleh Ali. Hal ini demikian kerana, maksud perkataan meggi di sini merujuk kepada perkataan mee segera. Perkataan mee segera di tukar kepada perkataan Meggi adalah kerana kelaziman penutur serta pengaruh produk meggi yang telah lama bertapak di dalam industri makanan Malaysia. Boleh dikatakan mee segera jenama Meggi merupakan mee segera yang terawal wujud di Malaysia, oleh itu tidak hairan jika masyrakat menggunakan perkataan meggi bagi menggantikan perkataan mee segera. Bahkan sesetengah orang tua tidak mampu untuk mengambarkan mee segera sebaliknya jika kita menyuruh dia mengambarkan meggi maka mereka akan dapat menggambarkannya dengan lebih jelas.
No comments:
Post a Comment