Thursday, March 17, 2011

BUDAYA COUPLE



Isu yang paling mudah untuk dicari kepada pelajar-pelajar IPT ialah isu bercouple. Ramai pelajar-pelajar IPT yang bercouple mungkin kerana umur dan pemikiran mereka yang menuju ke arah perkahwinan. Tetapi apakah bercouple ini dibolehkan dalam Islam? Bagaimana fenomena pelajar IPT zaman sekarang? Mungkin boleh dikatakan hasil kajian saya di universiti tetapi hanya menggunakan metod observasi sahaja. Ramai rakan-rakan di pelbagai fakulti yang saya lihat bercouple. Bagaimana keadaan mereka? Ada yang berdua kemana sahaja. Ada yang pergi ke kelas atau kemana pun berdua dengan menaiki motor. Ada yang keluar pada hujung minggu bersama. Tidak kurang juga yang belajar bersama dan juga ramai juga yang bergayut berdua pada malam hari dan SMS di siang hari.


Komen Penulis Blog: saya bukan hendak komen masalah dari segi keburukan budaya couple tetapi saya ingin mengkritik penggunaan bahasa rojak iaitu “ budaya couple ”. Bahasa rojak jika tidak dibendung boleh merosakkan bahasa Melayu. Budaya couple boleh ditukar kepada budaya bercinta, pasangan terlarang dan banyak lagi. Wallahualam

No comments:

Post a Comment