Karikatur di atas menunjukkan salah satu usaha murni DBKL untuk memartabatkan bahasa Melayu. Bagi saya jika DBKL tidak bertegas dalam hal ini maka, idnetiti bahasa Melayu mungkin akan terancam. Bayangkan jika papan tanda menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa campuran, maka orang asing khususnya tidak akan dapat melihat sesuatu yang menarik pada bahasa kita. Kemungkinanmereka beranggapan bahawa bahasa kita tidak mungkin mampu berdiri teguh kerana terpaksa ditempel pada bahasa lain jika hendak hendak ditampilkan kepada khalayak. Lihat contoh bahasa Jepun dan bahasa Thai. Jika kita lihat pada papan iklan di bandar-bandar mereka sangat sukar sekali untuk kita lihat bahasa campuran atau bahasa rojak terdapat pada papan iklan mereka. Bahkan mereka berasa bangga apabila dapat memartabatkan bahasa mereka sendiri kerana bagi mereka “ di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung “. Wallahualam
No comments:
Post a Comment