Ayat di atas adalah salah satu pesanan ringkas yang saya pernah terima daripada seorang kawan. Bagi saya, maksud yang ingin di sampaikan sememangnya sampai iaitu, dia bertanya tempat saya berada semasa dia menghantar mesej serta dia memohon maaf kerana tidak dapat bermain futsal bersama-sama malam tersebut kerana ada sedikit urusan. Namun, penggunaan ayat seperti di atas telah menimbulkan sedikit kekecewaan kepada saya selaku bakal guru bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, saya khuatir apabila kita terbiasa menggunakan ayat seperti di atas dengan mengetepikan aspek tatabahasa, hal ini akan menimbulkan masalah kepada kita terutamanya sewaktu kita diminta menggunakan bahasa yang betul atau formal dalam situasi tertentu. Contohnya, kita mungkin akan cenderung menggunakan “kat atau dekat mana” jika ingin bertanya sesuatu yang berkaitan dengan tempat atau kedudukan sedangkan pertanyaan yang betul ialah dengan menukarkan perkataan “kat atau dekat” kepada “di mana”. Selain itu penggunaan perkataan “sorry” bagi memohon maaf juga akan merencatkan sesuatu situasi formal. Oleh itu, biasa-biasakan diri kita untuk menggunakan perkataan “maaf” bagi memohon maaf. Wallahualam
No comments:
Post a Comment