Baru-baru ini ada seorang hamba Allah telah memberi ceramah utuk para pelajar di sebuah taman. Salah satu isi tazkirah berbunyi:-
Orang Islam perlu elakkan hidup secara infiradi ( seorang diri ) tetapi perlu hidup secara ijtimaiat ( berjemaah ) kerana hidup secara berjemaah akan menguatkan kekuatan orang Islam. Maksud satu mahfum hadith yang kurang lebih berbunyi “........Domba yang hidup seekoran mudah menjadi mangsa serigala......” ( maaf kerana saya tidak dapat nukilkan mahfum sebenar hafal hadith yang diberitahu oleh hamba Allah ni tapi hadith ni ada dalam kitab Muntkab Hadith bab membetulkan niat.Insyallah ).
Ulasan yang saya tulis ini bukan untuk mengulas tentang hadith tersebut tetapi untuk mengulas kesalahan bahasa hamba Allah ini. Perkataan “seekoran” ini amat menggelikan hati kerana penjodoh bilangan ditambah dengan imbuhan apitan se-...-an. Saya mengandaikan hamba Allah ini sebenarnya terikut-ikut dengan perkataan “ keseorangan ” jadi secara tidak langsung dia telah mengintegrasikan secara spontan perkataan ini dengan perkataan keseekoran dan hasilnya terjadilah sesuatu yang melucukan....wallahualam
No comments:
Post a Comment