Thursday, March 17, 2011

Jom Belajar Dialek Perak

Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Perak bersempadanan dengan Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Pahang dan Kelantan. Bermula di sempadan Pulau Pinang – Perak - Kedah iaitu Parit Buntar sehingga ke Taiping, kebanyakan penduduknya bertutur menggunakan loghat utara. Antara perkataan dalam loghat utara yang dikenal pasti ialah hang ( kamu ), pi ( pergi ), hangpa ( kamu semua ), sat ni ( sekejap lagi ), la ni ( sekarang ) dan sebagainya.  Di bahagian sempadan Perak – Kelantan iaitu di Pengkalan Hulu, majoriti penduduknya menggunakan dialek Kelantan sebagai bahasa pertuturan harian.
       Sementara itu, di kawasan Perak Tengah iaitu sekitar kawasan Bota, dialek pertuturan harian mereka menjadi simbol kepada loghat Perak. Bagi sesiapa yang ingin mendengar sdan  mempelajari loghat Perak, di sinilah kawasan yang patut anda pergi. Berikut saya nyatakan beberapa perkataan dalam loghat Perak. Moh kite belajo loghat perak yob!!!

awok, teman = saya
megholoh = tidur
tumpor = mati
bojot = basah
gebor = selimut
ngobak = menangis
nyongket = suka merayau
guling-pering = berhempas pulas
kelemayor = air mata berlinang
yor-ngat = air panas(kopi,milo)
goyor = binaan tak kukuh@badan terhuyung=hayang

No comments:

Post a Comment